Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya.
Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar
menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang
akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda
menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan
berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda
berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan
melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan
disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu
mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam
menjawab makna mimpi anda, insya Allah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu
untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh
ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau
tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui
masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak
meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan
perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu
takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak
dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang
bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi
itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang
makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu
mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi
kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia
khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika
tidurnya.
Tafsir mimpi menurut Barat:
Tafsir mimpi telah diamalkan sejak zaman ****lonia beribu-ribu tahun
yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, Kitab Injil, Shakespeare, Goethe
dan Napoleon percaya bahawa mimpi tertentu meramalkan.
Manusia sudah mentafsirkan lambang dalam mimpinya menurut tamadun dan
masyarakatnya. Tidak ada apa pun yang memuncul dalam mimpi secara
kebetulan, tiap gambaran adalah lambang yang dihargai yang merujuk
kepada kehidupan anda dan fikiran yang paling dalaman anda. Biasanya
bahagian yang paling mengelirukan adalah juga bahagian yang paling
penting untuk memahami.
Mimpi ada tiga macam:
1. Mimpi jasmaniah. Mimpi ini tidak penting dan disebabkan oleh
fikiran yang bangun dan bimbang, demam, ramuan ubat dan dadah,
penyakit. Mimpi ini tidak meramalkan.
2. Mimpi subjektif yang berdasarkan pandangan sendiri. Mimpi ini penuh
lambang dan meramalkan, walau bagaimana pun makna betul tersembunyi di
lambang dan kias.
3. Mimpi rohaniah. Mimpi ini dilaksanakan oleh roh sendiri dan meramalkan.
Mimpi boleh melebih-lebihkan. Semua mimpi bukan menggembirakan atau
meramalkan. Mimpi ngeri boleh meninggalkan tanggapan tahan lama yang
menakutkan. Bila tertidur, fikiran taakulan tidak aktif, jadi fikiran
mimpi melebih-lebihkan dan mengherotkan gambaran dalam mimpi sehingga
merangsang atau menakutkan.
Mimpi-mimpi ngeri: Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi
begitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang alami
atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya
mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa
lampau/masa kini atau bakal kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh
kerana anda sudah ditunjukkan adanya situasi/kejadian yang negatif
tersebut dalam mimpi anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu kuat
bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi
janganlah anda risau jika mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.